Sunday, January 12, 2014

Menutup Aurat Bagi WANITA






Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang akubelum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang miripekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang danberlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuksyurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh terciumdari jarak sekian dan sekian."

Penerangan Hadis:

Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain :
1. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,"
Ayat ini menegaskan empat hal:
1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata kecuali yang biasa nampakdalam ayat tersebut.
Menurut Ibnu Umar RA. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut Atho, Imam Auzai dan Ibnu Abbas RA. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Masud RA. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair RA. Mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.
4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan ujungnya diikatkan ke belakang. Tapi ujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada laki-laki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja seperti suami, anak dsb.
2. Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).
Pengertian jilbab ialah :
a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim) menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka mengulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.
Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.
Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transperan (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan berpakaian namun telanjang. Pakaian yang transperan tidak dapat memenuhi criteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. Al-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya.
Dalam hadis Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).
Hadis ini menunjukkan dua hal :
a Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.
Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;
Maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dariperhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat iatu adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan social maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mengujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, Hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan keutuhan sesebuah negara .
Dari sudut kesihatan pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.
Dari sudut integrasi maka dasar integrasi dalam mana mana negara sekalipun mesti mengambil kira perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sehat, selamat dan murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan positif. Oleh itu hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif, berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan.
Yang lebih penting dalam hal ini ialah berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan, Negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat atau bertudung.
Negara runtuh dengan budaya porno, serba merangsang, seks bebas, penindasan, sikap tidak bertoleraensi dan kehilangan disiplin kendiri yang dijana oleh persekitaran sosial yang mewabak.
Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah diuraikan tersebut di atas kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai suatu kejahatan.

Wallahu a'lam



Mengingati mati cara terbaik menasihat DIRI

Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun.

Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.

Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib, kelahiran dan kematian; rezeki; amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang termetri di luh mahfuz. Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas.
Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam. Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat.

Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabdaRasulullah SAW bermaksud:
"Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati".
(Hadis riwayat al-Tirmizi).

Kemampuan untuk mengingati mati adalah sebaik-baik kecerdasan dan kebijaksanaan seseorang. Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati, apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan?
Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal soleh, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri.


Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya".
(Hadis riwayat al-Tirmizi)


Saat itu penilaian terhadap diri bermula tetapi penyesalan tak merubah apapun, hanya kesedaran betapa ruginya meremehkan nilai sesuatu amal hatta bersedekah dengan sepotong kurma yang boleh menyelamatkan dari api neraka. Pada masa itu akan terkenang kita peluang yang tak direbut, saat leka dengan hiburan, kemalasan dan menunda ibadat yang menjadi kebiasaan.

Maka menangislah mata-mata yang tak pernah menangis (kerana takut pada Allah) dan ketakutan hati-hati yang tak pernah takut. Menggigil sekujur badan yang akan menanggung salah lakunya sendiri. Tidak pernah dalam satu hari pun kecuali pada hari itu ia berasa begitu menyesal dan berputus asa dengan keadaannya, malangnya peluang kedua sudah tiada lagi.

Sebelum kedatangan maut, adakah kita mempunyai impian pada saat akhir kehidupan seperti merancang untuk menikmati kematian dengan tenteram, meninggalkan orang tersayang dengan reda dan paling penting kerinduan untuk bertemu Allah.



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, sesungguhnya Allah pun tidak suka bertemu dengannya".
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Pertemuan itu adalah pertemuan paling istimewa dengan panggilan istimewa "nafsul- muthmainnah" (jiwa yang tenang) dan ajakan yang mulia (kembalilah kepada Rabbmu) bahkan pelawaan yang amat berharga (masuklah ke dalam syurga-Ku). (Surah al-Fajr)

Itulah impian hamba Allah mengenai kematian kerana bagi mereka bahagia bukan hanya ketika masih hidup bahkan di saat akhir pun mesti dilalui dengan perasaan bahagia dan reda. Betapa ruginya mereka yang terperosok masuk ke dalam lubang yang digali syaitan padahal perjalanan panjang yang dilalui sebelum ini dapat dengan mudah dilaluinya tetapi di penghujung jalan mereka terperangkap.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Oleh itu marilah kita bersama-sama menilai diri dan amal mudah-mudahan kita akan melalui kematian dengan cara yang amat indah sekali dek kerana telah ada persediaan rapi, amal yang cukup, sebutan dan kenangan yang baik kerana impian kita semua adalah husnul khatimah.


INTIPATI


Tujuan Allah SWT mematikan manusia:

- Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri;
- Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika;
- Menyedarkan manusia daripada lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah-ruah;
- Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dengan menjauhi kejahatan;
- Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja sedangkan kehidupan di akhirat adalah yang lebih baik dan abadi.