Wednesday, October 24, 2012




Sebagai seorang muslim yang merupakan ummat Nabi Muhammad SAW, mestilah mempunyai cita-cita murni untuk menziarahi Maqam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi di Madinah sama ada sebelum atau selepas mengerjakan ibadah Haji atau Umrah. Para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah, menghukumkan bahawa menziarahi makam Nabi Muhammad SAW adalah sunnat yang amat dituntut (sunnat muakkad). Kebanyakan ulama' menegaskan bahawa apabila berziarah ke Madinah, maka tujuan utama dan pertamanya adalah untuk menziarahi Junjungan Nabi Muhammad SAW, dengan disertakan niat menziarahi masjid baginda yang mulia itu untuk ber"taqarrub" kepada Allah dengan bermusafir ke masjid tersebut dan sembahyang di dalamnya.


Telah diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ad-Daaraquthni dengan keduanya bersanad kepada Sayyidina Ibnu `Umar RadhiyaAllahu `anhu  berkata: 
Mafhumnya: 'Telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menziarahi kuburku, pasti baginya syafa'atku."


Rasulullah SAW bersabda:
"Tempat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku, merupakan suatu taman di antara taman-taman Syurga" (HR Bukhari, dari Abu Hurairah)

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda:
Mafhumnya:  "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjidin-Nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."


Diterangkan lagi dalam sebuah hadis dari  Jabir Radhiallahu 'Anhu,  bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya:  "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang (bersamaan dengan 55 tahun 6 bulan 22 hari) di masjid-masjid yang lain."



Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya: 

Mafhumnya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut) : Masjidil Haram di Makkah, Masjidir-Rasul (Masjidin-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." (Hadis Al-Bukhari)



Wallahu'aklam.



000000000000

No comments: